Sebelum saya masuk ke topik blog saya hari ini, nak highlight dahulu peristiwa yg berlaku sepanjang cuti 3 hari baru-baru ini (1 Feb - Hari Wilayah, saya & En F cuti!!). Let see.. Sabtu..Shopping. Ahad..Jalan, Isnin shopping lagi :)
Sabtu:-
Ke Amcorp Mall - konon nak berjalan je sebab member beritahu ada jualan branded shirts. Jadi saya pon mengajak lah En F meninjau-ninjau. Mula2 sampai mcm boring.. Lepas tu, bila dah naik dari satu level ke level yg lain terasa best plak flea market dia. End up, kami tidak pulang dengan tangan yg kosong. Harus pergi lagi next time :)
Jumpa basikal yg dicari di Amcorp Mall
Say "Cheese!"
Penat berjalan
Ahad:-
Pagi tu duduk rumah sahaja sebab En F pergi bersukan.. Petang, kami ke LCCT utk menghantar my SIL, balik Australia. Her one month holiday sudah pon berakhir.. Antara orang2 yg sedih of course lah Sorfina & Sahira. Kurang satu inang untuk melayan mereka. hehe.
Semasa makan malam kat situ, Mommy dapat phone call dari Pak Ngah. Katanya Mak Teh telefon, beritahu dia Pak Teh tak balik rumah sejak pukul 4 petang tadi. Handphone pulak tertinggal kat ruamh. Last orang nampak dia dekat dlm Kebun. Masa tu dah nak pukul 9 malam. Next update, orang dah pergi cari kat Kebun, nampak motor terbalik but Pak Teh still no where to be found. Orang kawasan tu dah try cari dekat balai polis & hospital tapi masih tak nampak kelibat Pak Teh ataupon keretanya.
Sampai je kat rumah, Mr F, Diyat & Diknun decide utk join pencarian Pak Teh yg hilang. Tinggal lah Mommy, saya & dua budak kecik kersahan menuggu berita. Dalam hati dok terbayang Mak Teh & 5 orang anak dia. Dah le kecik2 lagi.. macam mana laa kalau apa2 terjadi pada Pak Teh. Apalaa nasib budak2 tu... memang sampai ke tahap fikir yang bukan2 sebab sudah 7 jam Pak Teh pergi tanpa sebarang berita.
Tiba2 En F telefon "Haa.. Pak Teh dah balik rumah dah ni... Dia balik sendiri dia. Pergi uruskan pentadbiran kemalangan sampai terlupa nak telefon orang rumah". Aduhaiii Pak Teh oiiii... Geram betul dengar! Apa2 pon, syukur sebab nothing happened. Cuma, kereta dia kena langgar dgn budak naik motor (sorang patah peha, sorang lagi patah keting. Tu yg ada motor terbalik dlm kebun tu). Sebabnye langgar pintu kereta Pak Teh. Bayangkan, sampai pintu tu tak boleh nak buka & kemek teruk. Gara2 hentaman kaki budak2 tu. pak Teh pulak panik gaknye, sampai lupa nak telefon orang rumah. Tak pasal2 satu kampung risaukan dia.
Bagi menghilangkan rasa stress, mari tgk gelagat Sahira kat LCCT. Time ni Sorfina not in the picture sebab dia tgh tido dlm stroller nu.
Sahira & the giant Lollipop
kenape sahira bergmbr mcm terpeleot leher gitu?hehehe
ReplyDeletehahaha dia nak intai org yg tangkap gambo.. tu yg sampai senget2 tu.
ReplyDelete