Thursday, January 28, 2010

B***ches & S**ts from S

Well, the title tells it all i guess.. One is called S**** and another M*** (nama panggilan). Real name jauh panggang dari api.

Anyway, these sort of people should be vanished from the face of the earth so that everyone else could live happily ever after. That would be a girls dream come true kan? :)

I've heard many stories from friends experience with B**ches & S**ts and even got the chance to see these s**ts 1st hand. Not so pretty but more towards 'gedik' and 'memualkan'. More like 'perasan cantik laa kot'.

Please mind my language and just bear with me for this entry. Next post will be a cheerful one. Promise.

Monday, January 18, 2010

Sorfina & Sahira

Sorfina sudah makin bijak sekarang ni. Tidak lagi menangis waktu pagi bila sampai ke rumah Mak CT, sudah pandai ajak adik bermain, sayang2 adik, tolong mama angkut barang (yg ringan2 je) dll.

Pantasnya masa berlalu. Anak yg bernama Sorfina sudah hendak menjangkau usia TIGA tahun. Adik pula, sudah nak masuk SATU tahun. How time flies *sigh*.

Sorfina sekarang setiap kali nak tido kena nyanyikan dia lagu. Antara lagu-lagu wajib yg dia akan minta saya nyanyikan adalah:-
Lagu itik (Anak itik Tokwi)
Lagu kereta (Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta..)
Lagu pom pom (under the rainbow)
Lagu tikus (Malam yg sepi, pak mat jual topi..)
Lagu abangdia (1, kasih yg abadi..)
**Sila maklum, Sorfina sendiri yg menamakan lagu2 diatas.

Semalam dia dok mintak papa dia nyanyikan 'lagu abangdia'. Jenuh la papa dia perah otak pikir lagu apa :)

Sahira pulak sekarang ni sudah pandai meragam. Kalau dia tak nak, beriya-iya dia geleng kepala. Kalau nakkan sesuatu tapi tak dapat, dia punya melentik, gimnas pon boleh kalah tau! Since she has started walking ( at 10 months), hobi terbaru Sahira adalah menarik tangan orang utk bawa berjalan meronda kawasan untuk melihat gambar-gambar yg digantung. Antara perkataan yang boleh Sahira sebut adalah "mama, na nak (tak nak), tatak (kakak),ngan (jangan)".

At first nak masukkan gambar family pic yg Sahira sukar tgk tu. Tapi tak jumpa pulak. Sebagai ganti, letak gambar my kiddies yg kiut miut masa diorang baby.

                                                                       Nurin Sorfina

        Nurin Sahira

Wednesday, January 13, 2010


Sorfina: Mama nak pergi mana?
Me: Mama nak bersiap nak pergi work. Sorfina tunggu sekejap ye mama nak ambil baju.
Sorfina: Mama nak ambil baju yg mana?
Me: Mama nak ambil baju kurung dekat bilik sebelah.
Sorfina: Ooh.. baju mama bukan di sini?
Me: A'aa. Baju mama gantung kat bilik depan tu.
Sorfina: Kat bilik maklong? (kalau Maklong dia balik, tido bilik tu).
Me: A'aa kat bilik maklong. Sorfina tunggu sekejap ye.
Sorfina: Ok.. Allright. Sorfina tunggu sini. Mama jangan tutup pintu tau.
Me: Ok (sambil tersenyum)

Itulah perbualan antara Sorfina dan saya pagi tadi. Selalunya dia tidur lagi tapi pagi ini dia bangun awal pula. Becok mulut bertanyakan itu & ini. Sejuk hati bila anak ini dah pandai bawa diri & berkata-kata. Sangatlah seronok bila berbual dengan Sorfina sekarang ini. Cara dia bersembang tu kadang-kadang macam orang besar. Hehe.

Wednesday, January 6, 2010

Potong Que

Ingatkan time blajar je ada orang cutting line masa kat DS (Dewan Selera). Especially kalau lauk sedap mcm western or nasi tomato. Confirm ramai yg cutting. Masa tuh senior la slalu buat kat junior.. sebab kami ni junior, relakan ajelah. Bila jadi senior buat balik pada junior muahahah.

Rupa2 nya dah abih blaja pon ada gak yg nak memotong que orang. Huh! Geram btul! Ni lah nama nye orang tak ada adab. Plus, tak menghormati orang lain yg dahulu berbaris di depan dia.
Alkisahnye begini, malam tadi selepas membeli belah barang2 keperluan budak2 dekat Tesco, kami singgah kat news.com since Sorfina nak minum Ribena. Usahakan juga lah mencari.. tgk2 kat situ takde Ribena. Lepas di pujuk, she agreed to settle for Soya Bean. ok lah kan. Mama nye pon beratur lah sementara En F melayan Sorfina plus menjaga barang2 yg tlh di beli. Dah le que dia sedia panjang. Bila time aku jadi orang ketiga nak bayar, ada plak satu couple ni (dunno la bercinta ke dah kawin ke.. tp dlm early to middle 20's la) tup2 dia berdiri the opposite side of the line. Aku pon dgn renungan tajam merenung mamat tuh. Dia dah start gelabah dah.. then dgr dia kata kat minah tu 'eh, beratur belah sana kot'. Minah tu bleh cakap, 'takdelah, ada 2 counter ni'. Aku pon dgn pantas meninjau betul ke ada 2 counter? Kang salah terlaser malu plak kan. hihi.. Tgk ada satu je counter dia. Then aku tgk lagi mamat ngan minah tu.. kira mmg bertemu mata lah ngan mamat tuh (tak terpikat pon sebab Mr F lagi ensem haha). Sekali lagi dia mula gelisah, terus tarik tgn minah tu kata jom lah.. tak payah lah. Menjadi gak la kot renungan tak puas hati aku tuh hihi. Aku pon lepas tuh membayar air soya & Ribena untuk Sorfina (ada satu lagi freezer on the other side rupanya yg ada air Ribena). The end.

Owh, lepas tu aku pon citer lah ngan En F. Then dia kata, U tak ingat ke masa kita dating dulu? Nak tgk wayang kat Midv ada org nak potong Q. Yg tuh lagi tak senonoh! Dah le berumur (aku agak dlm late 30's to 40 plus la) ada hati nak potong que kami. Dgn selambanye, konon2 dia tgh baca paper, makin lama menghimpit line org..eh, apa hal! Tapi sebab En F big & strong, diorang tertolak kebelakang and kena sound dgn org belakang kami. Hooray! Puas hati aku. hehe.

Another incident, masa kat toilet Jusco Midv. (byk jugak lah pengalaman aku org cuba potong que lepas skolah ni). Time tuh aku tgh pregnantkan Sahira. Paham2 jelah kan kalo weekend Jusco nye toilet line dia macam mana. Semua org beratur. Gi depan, ambil tisu, patah balik belakang utk beratur. Line dah le panjang giler. Ada plak yg masuk, terus masuk berdiri depan pintu toilet tanpa perasaan bersalah pada org2 lain yg tgh beratur panjang. Sorang dua, aku tahan lagi sebab masa tuh aku agak jauh kebelakang so tak perasan sgt siapa yg dok menunggu kat depan nu. Then, bila dah makin dekat, ada laa sorang minah ni. Either lepasan SPM or budak college kot. Dia mula2 mundar mandir kat tepi barisan tuh. Aku ingat kan dia nak ambil tisu. Biar je lah. Tau2 je dia dok menempek kat tepi pintu toilet btul2 kat depan org tgh beratur (punya xde adab). Aku tgk org lain yg tgh beratur sumer muka cam x puas hati tp x nak bersuara. Aku pon sound la.. tahan geram lama dah. She is the unlucky one yg kena la.
Me: Dik, nak masuk toilet ke?
Minah tu: A'a (muka cam innocent je).
Me: Boleh tak beratur kat blakang tu? Line panjang tau. Semua org beratur nak masuk
toilet. Ikut la turn!
Minah tu: Terkedek2 patah balik ke belakang.

Aku rasa orang lain pon sure dgr aku sound dia sebab toilet kan bergema. Aku cakap kuat pulak tuh. Silap la mess around dgn Mak Buyong yg kepenatan berdiri lama tunggu turn.

Moral of the story, dont be afraid to stand up for your rights!

Tuesday, January 5, 2010

My darling Sorfina...

Sorfina dah pandai sebut Alhamdulillah! and knows when to use it as well. Heheh agaknya dah selalu dengar perkataan itu digunakan gaknye. Note to meself.. never say bad words in front of kids.. They are like sponge that absorbs everything! Have to constantly remind hubby as well as.

Last night, after having a sip of water, she says 'Alhamdulillah' (actually it sounds more like alhamlah) but hey, its a start :) She already gives Salam everytime entering a room or a house and sometimes read Bismillah when she wants to eat or wear cloth.. that makes me a very happy mother :) Hopefully she will grow up to become a good Muslim and daughter..AMIN.

Most of my friends have started sending their kids to these playgroups or montessories..Should i send her to one as well? Thinking back, she's just 2 going into 3 this yr. And making her go to classes like that well... i dunno. Maybe next year. This year i'll just teach her the basics at home. She can identify certain things and animals, understand simple instructions.. can already count 1-10 but she doesnt know her ABC yet and still unsure of colours.. should i be worried? Did some reading at this website http://www.mychildwithoutlimits.org/?page=developmental-milestones on children's milestone. On average, Sorfina is developing just fine. Dont want to push it too far either.

Owh.. i did try potty train her too. Even bought a book 'Little Leo's Potty Time' this is what happen..
Sorfina: Mama, Sorfina uh uh
Me : Ok, Sorfina uh uh dalam potty nak?
Sorfina: Tak nak
Me : Jom la.. mcm Little Leo dlm book. Kan dia uh uh dlm potty.
Sorfina: Tak nak. Sorfina tak nak uh uh dlm potty (sambil tersenyum, sambung uh uh dlm pampers).