Pantasnya masa berlalu. Anak yg bernama Sorfina sudah hendak menjangkau usia TIGA tahun. Adik pula, sudah nak masuk SATU tahun. How time flies *sigh*.
Sorfina sekarang setiap kali nak tido kena nyanyikan dia lagu. Antara lagu-lagu wajib yg dia akan minta saya nyanyikan adalah:-
Lagu itik (Anak itik Tokwi)
Lagu kereta (Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta..)
Lagu pom pom (under the rainbow)
Lagu tikus (Malam yg sepi, pak mat jual topi..)
Lagu abangdia (1, kasih yg abadi..)
**Sila maklum, Sorfina sendiri yg menamakan lagu2 diatas.
Semalam dia dok mintak papa dia nyanyikan 'lagu abangdia'. Jenuh la papa dia perah otak pikir lagu apa :)
Sahira pulak sekarang ni sudah pandai meragam. Kalau dia tak nak, beriya-iya dia geleng kepala. Kalau nakkan sesuatu tapi tak dapat, dia punya melentik, gimnas pon boleh kalah tau! Since she has started walking ( at 10 months), hobi terbaru Sahira adalah menarik tangan orang utk bawa berjalan meronda kawasan untuk melihat gambar-gambar yg digantung. Antara perkataan yang boleh Sahira sebut adalah "mama, na nak (tak nak), tatak (kakak),ngan (jangan)".
At first nak masukkan gambar family pic yg Sahira sukar tgk tu. Tapi tak jumpa pulak. Sebagai ganti, letak gambar my kiddies yg kiut miut masa diorang baby.
Nurin Sorfina
Nurin Sahira
No comments:
Post a Comment