Ingatkan time blajar je ada orang cutting line masa kat DS (Dewan Selera). Especially kalau lauk sedap mcm western or nasi tomato. Confirm ramai yg cutting. Masa tuh senior la slalu buat kat junior.. sebab kami ni junior, relakan ajelah. Bila jadi senior buat balik pada junior muahahah.
Rupa2 nya dah abih blaja pon ada gak yg nak memotong que orang. Huh! Geram btul! Ni lah nama nye orang tak ada adab. Plus, tak menghormati orang lain yg dahulu berbaris di depan dia.
Alkisahnye begini, malam tadi selepas membeli belah barang2 keperluan budak2 dekat Tesco, kami singgah kat news.com since Sorfina nak minum Ribena. Usahakan juga lah mencari.. tgk2 kat situ takde Ribena. Lepas di pujuk, she agreed to settle for Soya Bean. ok lah kan. Mama nye pon beratur lah sementara En F melayan Sorfina plus menjaga barang2 yg tlh di beli. Dah le que dia sedia panjang. Bila time aku jadi orang ketiga nak bayar, ada plak satu couple ni (dunno la bercinta ke dah kawin ke.. tp dlm early to middle 20's la) tup2 dia berdiri the opposite side of the line. Aku pon dgn renungan tajam merenung mamat tuh. Dia dah start gelabah dah.. then dgr dia kata kat minah tu 'eh, beratur belah sana kot'. Minah tu bleh cakap, 'takdelah, ada 2 counter ni'. Aku pon dgn pantas meninjau betul ke ada 2 counter? Kang salah terlaser malu plak kan. hihi.. Tgk ada satu je counter dia. Then aku tgk lagi mamat ngan minah tu.. kira mmg bertemu mata lah ngan mamat tuh (tak terpikat pon sebab Mr F lagi ensem haha). Sekali lagi dia mula gelisah, terus tarik tgn minah tu kata jom lah.. tak payah lah. Menjadi gak la kot renungan tak puas hati aku tuh hihi. Aku pon lepas tuh membayar air soya & Ribena untuk Sorfina (ada satu lagi freezer on the other side rupanya yg ada air Ribena). The end.
Owh, lepas tu aku pon citer lah ngan En F. Then dia kata, U tak ingat ke masa kita dating dulu? Nak tgk wayang kat Midv ada org nak potong Q. Yg tuh lagi tak senonoh! Dah le berumur (aku agak dlm late 30's to 40 plus la) ada hati nak potong que kami. Dgn selambanye, konon2 dia tgh baca paper, makin lama menghimpit line org..eh, apa hal! Tapi sebab En F big & strong, diorang tertolak kebelakang and kena sound dgn org belakang kami. Hooray! Puas hati aku. hehe.
Another incident, masa kat toilet Jusco Midv. (byk jugak lah pengalaman aku org cuba potong que lepas skolah ni). Time tuh aku tgh pregnantkan Sahira. Paham2 jelah kan kalo weekend Jusco nye toilet line dia macam mana. Semua org beratur. Gi depan, ambil tisu, patah balik belakang utk beratur. Line dah le panjang giler. Ada plak yg masuk, terus masuk berdiri depan pintu toilet tanpa perasaan bersalah pada org2 lain yg tgh beratur panjang. Sorang dua, aku tahan lagi sebab masa tuh aku agak jauh kebelakang so tak perasan sgt siapa yg dok menunggu kat depan nu. Then, bila dah makin dekat, ada laa sorang minah ni. Either lepasan SPM or budak college kot. Dia mula2 mundar mandir kat tepi barisan tuh. Aku ingat kan dia nak ambil tisu. Biar je lah. Tau2 je dia dok menempek kat tepi pintu toilet btul2 kat depan org tgh beratur (punya xde adab). Aku tgk org lain yg tgh beratur sumer muka cam x puas hati tp x nak bersuara. Aku pon sound la.. tahan geram lama dah. She is the unlucky one yg kena la.
Me: Dik, nak masuk toilet ke?
Minah tu: A'a (muka cam innocent je).
Me: Boleh tak beratur kat blakang tu? Line panjang tau. Semua org beratur nak masuk
toilet. Ikut la turn!
Minah tu: Terkedek2 patah balik ke belakang.
Aku rasa orang lain pon sure dgr aku sound dia sebab toilet kan bergema. Aku cakap kuat pulak tuh. Silap la mess around dgn Mak Buyong yg kepenatan berdiri lama tunggu turn.
Moral of the story, dont be afraid to stand up for your rights!